Seorang ustaz dan tiga warden sebuah pusat pemulihan dadah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kangsar pada Rabu atas tuduhan membunuh seorang penghuni pusat itu, minggu lalu.<br /><br />Kesemua mereka mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Mohd Shazmeer Zamhari.
